Saturday, February 26, 2011

Sekadar Luahan Hati

"When life gives you a hundred reasons to cry, 
show life that you have a thousand reasons to smile"
WOW!!!saya sangat suka quotation nie..sebab ape??sebab quotation nie mempunyai maksudnya yang tersendiri dan tersirat yang akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada seseorang yang betul-betul memahaminya.. Apabila kita hidup di dunia yang fana ini, kita sebagai hamba ALLAH dan khalifah di muka bumi ini tidak boleh mengelak dan harus menghadapi segala cabaran dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya... Kita harus akur dengan segala ujian dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada sekelian makhluk-Nya di muka bumi ini...
Apabila kita menghadapi saat-saat yang sukar dan betul-betul memerlukan seseorang untuk mendengar segala masalah,problems,problemo and whatsoever, jangan lupa yang ALLAH selalu ada di sisi kita... Kita harus bersyukur bahawa segala ujian dan cabaran yang berlaku kepada kita di muka bumi ini sebenarnya adalah ujian dari ALLAH s.w.t kepada kita.. Dan kita harus ingat juga bahawa setiap ujian yang ALLAH turunkan kepada kita adalah tanda sayang ALLAH kepada kita.. ALLAH tidak akan menurunkan ujian yang kita sendiri tidak dapat menanganinya... Setiap ujian itu based on our kemampuan...
So, apabila kita berada dalam kesusahan ingatlah bahawa ada orang yang sayang kita... Tunjukkan kepada diri kita sendiri yang kita mempunyai seribu alasan untuk senyum dan gembira apabila sesuatu perkara berlaku (jangan senyum sorang-sorang dah la)... Dan ingatlah bahawa kawan-kawan disekeliling kita adalah orang yang dapat membuat kita tertawa, happy dan juga sedih...
Kepada kawan-kawan saya yang saya sayang,  
terima kasih, thanks, arigato, kamsahamida, muchos grasias, toche di atas segala bantuan yang diberikan... saya sangat bersyukur mempunyai kawan seperti kalian semua... tanpa anda, siapalah saya..
Kepada orang yang selalu dengar luahan hati saya tatkala saya lagi happy, sedih, tension, geram, sakit hati, tak tahu nak buat apa and macam-macam lagi, 
saya sangat berterima kasih sebab ALLAH kurniakan kepada saya sahabat seperti anda.. sayang kamu.. segala perbuatan dan nasihat yang anda berikan sangatlah saya hargai dan anda harus ingat yang saya akan ingat anda sampai bila-bila.. seriously, segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan saya tanam, simpan, save as dalam otak saya sampai bila-bila... 
Sebab itulah saya sangat suka akan quotation di atas nie.. saya sangat memahami benda ini dan buat mereka yang betul-betul memahami ayat tersebut, dia akan mempunyai bukan setakat seribu alasan, tetapi sejuta alasan untuk terus senyum..
Come on people, when life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile....
 
p/s : saya sangat bersyukur mempunyai kawan,sahabat, teman seperti anda

4 comments: